
Definisi tempat letak kenderaan adalah satu kawasan
perletakan atau penyimpanan bagi kenderaan yang tidak bergerak dan dimatikan
enjinnya di satu kawasan. Tempat letak
kenderaan adalah satu kemudahan kepada pengguna kenderaan untuk meletak atau
menyimpan kenderaan sementara menjalankan urusan masing-masing. Kemudahan tempat meletak kenderaan merupakan
satu perkara penting dalam menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu
lintas dan merupakan satu asas dalam menyediakan dasar pengankutan yang sempurna
dalam sesuatu kawasan. Peningkatan dan kepesatan kemajuan di sesubuah kawasan
akan mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan secara tidak
langsung akan meningkatkan permintaan terhadap kawasan tempat letak kenderaan.
Justeru itu, tangunggajawab pengurusan hal-ehwal tempat letak kereta berada di
bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ia
bukan sahaja mendatangkan hasil kepada Majlis selain menjadi keperluan asas
aktiviti masyarakat Bandar. Oleh itu,
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memantapkan lagi agenda pembangunan
infrastruktur dalam memberi perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada
masyarakat. Maka dalam konteks yang
lebih jelas Pihak Berkuasa Tempatan perlu menegaskan sistem pengurusan letak
kereta dengan menekankan aspek-aspek struktur pengurusan dan pembangunan
sistem, proses pembuatan keputusan, sumber pelaburan, operasi dan
penyelenggaraan, kerjasama dengan pihak swasta, peraturan-peraturan yang
digunapakai, aplikasi IT, program-program sokongan dan lain-lain lagi.
Isu kawasan tempat letak kenderaan bukan isu yang
baru lagi diperkatakan. Malah pelbagai rungutan yang didengari dan diajukan
kepada pihak berkuasa mengenainya. Tempat
letak kenderaan merupakan isu penting kepada kepentingan perancangan strategik
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Polisi
tempat letak kenderaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengagihan memainkan
peranan besar dalam pengurusan sistem pengankutaan di kawasan pembandaran. Ini
kerana isu peningkatan kenderaan pengguna jalan dan bilangan serta lokasi
tempat letak kenderaan memberi impak kepada tahap perkhidmatan dan kesesakan
dalam penggunaan jalan raya dan lorong-lorong di Bandar. Keduanya, kemudahan dan keselesaan serta
keindahan alam sekitar di kawasan sekelilingnya. Ketiganya, kecekapan, tahap efisyen dan
perlaksanaan kewangan bagi pengankutan awam serta seterusnya tatacara dan
fungsi kepada pengurusan Bandar secara keseluruhannya.
Maka isu yang pertama yang perlu dikupas adalah
tempat letak kenderaan yang terhad. Pembangunan
yang pesat dan peningkatan jumlah kenderaan pengguna di jalan raya secara tidak
langsung memberi kesan kepada bilangan tempat letak kenderaan yang semakin
terhad. Malah pembangunan infrastruktur
Bandar dan bangunan kedai yang semakin deras telah mengehadkan kawasan untuk
dijadikan kawasan tempat letak kenderaan.
Peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya tidak sejajar dengan
pertambahan kawasan letak kereta di sesuatu kawasan khususnya di bandar-bandar
besar seperti di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor
Bahru dan lain-lain lagi. Keadaan ini menyebabkan
ramai pemandu dan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati dan
mengakibatkan kesesakan lalulintas.
Sebagai contoh masalah tempat letak kenderaan yang
terhad di Petaling Jaya bagaikan tiada penyudahnya. Antara kawasan yang paling sibuk di kawasan
terbabit adalah Damansara Utama, Seksyen 8, 14 dan 20 dimana isu tempat letak
kenderaan menjadi lebih pandemik. Tempat letak kenderaan yang terhad
menyebabkan berlaku pelbagai masalah walaupun bukan waktu puncak. Masalah “double-park”, memarkir kereta di atas
pembahagi jalan serta masalah perlanggaran kecil antara penunggang motosikal
dengan kereta sudah menjadi kelaziman di kawasan terbabit. Bagi kawasan ini, tempat letak kenderaan perlu
diperbaiki memandangkan permintaan semakin meningkat dan melibatkan kepentingan
kepada orang ramai. Ada sesetengan pemandu sanggup menanggung risiko dengan
meletakkan kereta mereka di kawasan-kawasan larangan tanpa menghiraukan
keselamatan dan keselesaan pemandu lain dan juga mereka yang masih berdegil
walaupun dikenakan saman oleh pihak berkuasa.
Malah, terdapat juga pemandu yang tidak mempedulikan peraturan lalu
lintas dan sesuka hati meletakkan kenderaan mereka asalkan berdekatan dengan
tempat yang ingin dituju kerana pembaziran masa dan malas untuk berjalan kaki.
Malah bilangan tempat letak kenderaan yang terhad
juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ini berikutan sikap pemandu kenderaan yang
sesuka hati mengambil jalan mudah dengan memarkir kenderaan mereka di
merata-rata tempat. Tindakan sebahagian mereka yang meletakkan
kenderaan di tepi jalan, telah menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku
terutamanya pada hujung minggu dan pada musim cuti sekolah persekolahan. Sebagai
contoh, dalam keratan akhbar bertarikh 29 Mac 2011, kejadian yang berlaku di
Taman Tema Tasik Shah Alam yang disebabkan oleh bilangan tempat letak kenderaan
yang disediakan tidak mampu memenuhi jangkaan pengunjung pada musim cuti
sekolah telah pengunjung telah meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan raya
dan meninggalkan hanya satu laluan jalan yang boleh dilalui oleh kenderaan
lain.
Dalam menyediakan tempat letak kenderaan yang selesa
dan terbaik bagi masyarakat maka perancangan Bandar yang strategik amat
penting. Pihak Berkuasa Tempatan perlu
menyediakan rancangan tempat letak kereta yang komprehensif di peringkat
bandaran dan diintegrasikan dalam rancangan tempatan untuk 5 hingga 15
tahun. Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan
dalam jangka masa yang panjang perlu menjaga kualiti tapak, garisan serta saiz
petak dan penyelenggaraan dan pembinaan tempat letak kereta. Maka isu kedua yang akan dibincangkan adalah
penyelenggaraan tempat letak kereta yang tidak dijaga rapi. Infrastruktur bangunan bertingkat bagi tempat
letak kenderaan yang dibangunkan beberapa tahun yang lepas tidak memenuhi
ciri-ciri keselamatan pengguna kenderaan.
Bangunan tempat letak kenderaan yang dibina seakan tidak terjaga rapi
dan dalam keadaan yang kotor. Malahan
pula, pencahayaan bangunan yang tidak diselenggarakan dengan baik telah
membuatkan ramai pengguna tidak berpuas hati dan khuatir akan keselamatan
mereka dan kenderaan mereka. Keadaaan
bangunan yang tidak dijaga seperti kerosakan pada dinding-dinding bangunan,
retakan pada simen adalah isu yang perlu diselenggarakan dengan lebih teliti
oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Tambahan
pula, terdapat kawasan petak tempat letak kereta yang tidak lagi kelihatan atau
kabur menyusahkan para pengguna kenderaan. Sebagai contoh, dalam keratan akhbar Star Metro pada
12 Januari 2011 yang bertajuk “Multi-storey
car parks need upgrading” menjelaskan betapa pentingnya penyelenggaran dan
pembangunan dijalankan dari semasa ke semasa agar mengikut piawaian yang telah
ditetapkan. Rata-rata pengguna tidak
berpuas hati dengan kawasan laluan masuk ke dalam bangunan tempat letak
kenderaan yang sempit dan ketiadaan bar had ketinggian kenderaan yang
dibenarkan di pintu masuk utama bangunan.
Malahan pula, kemudahan ini yang dibina beberapa tahun lalu mempunyai
landai sempit dan alur yang rendah, menjadikan ia sukar bagi kenderaan yang
lebih besar untuk bergerak dan dikendalikan.
.jpg)
Kekurangan tempat letak kenderaan
akan menyebabkan kesesakan lalu lintas serta memberi pemandangan yang tidak
elok disamping mengakibatkan pencemaran lain seperti bunyi bising dan
udara. Kesesakan berlaku dengan teruk
terutamanya apabila pada masa puncak. Ini akan menyebabkan kesesakan
lalu-lintas di jalan raya. Tempat meletak kenderaan yang terhad akan
menyebabkan pergerakan kereta di jalan raya menjadi semakin lambat dan sesak
akibat jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan
pergerakan kenderaan di kawasan terbabit tepu.
Selain itu, masalah persekitaran dan
pencemaran yang berlaku disebabkan kesesakan lalu lintas yang terjadi seperti
bunyi bising, asap kenderaan dan bahaya kemalangan. Kenderaan-kenderaan yang berhenti di kawasan
tempat letak kenderaan akan memberi kesan besar terhadap persekitaran di
kawasan sekitarnya. Didapati bunyi bising dan asap yang keluar dari kenderaan
akan bergerak bebas di kawasan sekitar tempat letak kenderaan.
Kesan tempat letak kenderaan adalah
kesan terhadap keindahan kawasan persekitarannya. Kerosakan yang paling nyata
adalah kerosakan dari segi pemandangan. Di mana, kebanyakkan cadangan untuk
membina kawasan tempat letak kenderaan tempat letak kereta baru tidak begitu
menitikberatkan soal keindahan pemandangan ini.
Apabila kesesakan berlaku, dapat dilihat dengan jelas deretan kenderaan
yang panjang. Pemandangan yang sebegitu
hanya akan memberi gambaran bahawa pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
adalah tidak cekap dan berkesan dapat memastikan pembangunan yang lestari.
Apa tindakan PBT ??

Kepesatan pembangunan di Negara ini telah
menyebabkan pemilikan dan penggunaan kenderaan persendirian di Malaysia telah
meningkat dengan mendadak. Kesan secara langsung dengan peningkatan bilangan
kenderaan bermotor ialah permintaan yang tinggi terhadap ruang tempat letak
kenderaan, terutamanya di kawasan Bandar. Maka antara dasar-dasar tindakan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah perlu dengan melaksanakan dasar pengankutan yang
lebih komprehensif bagi mengimbangi permasalahan yang berlaku.
Antara
tindakan Pihak Berkuasa Tempatan adalah mempelbagaikan jenis sistem operasi
tempat letak kenderaan. Antaranya ialah sistem
bertiket, sistem bermeter dan sistem stesen pengawal. Sistem ini diguna pakai hampir di seluruh
sistem pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengutip bayaran dan
mengawal tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan mewujudkan keselesaan
dan kemudahan kepada orang ramai untuk meletak kereta dan mengawal perletakan
kereta supaya tersusun dan tidak mengganggu lalulintas.
Penguatkuasaan
undang-undang juga turut dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengatasi
isu terbabit. Antaranya adalah setiap kesalahan yang dialkukan akan dikenakan
denda. Sebagai contoh kesalahan yang
boleh dikenakan denda adalah meletakkan kenderaan di luar kawasan dan
meletakkan kenderaan melebihi had masa yang telah ditetapkan. Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987
kenderaan yang menyebabkan halangan lalu lintas boleh dikenakan kompaun sebanyak
RM150.00 selama 1-15 hari dan sekiranya pemilik kenderaan gagal untuk
mejelaskan denda tersebut maka jumlah bayaran denda tersebut akan semakin
meningkat. Sebagai contoh kejadian yang
berlaku di Subang Jaya, pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun sebanyak 167
kali gagal menjelaskan denda terbabit. Kenderaan terbabit telah ditunda oleh
Unit Tunda Majlis Perbandaran Subang Jaya dalam Operasi Tunda Kenderaan Pesalah
Tegar. Operasi terbabit bertujuan untuk meningkatkan kepatuhan masyarakat
terhadap peraturan lalu-lintas terutamanya di kawasan komersial dan tumpuan
orang ramai selain menerapkan nilai murni dalam sikap pemandu.
Antara
contoh lain tindakan tegas yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam
menangani kenderaan yang menghalang lalu lintas adalah tindakan menyita
kenderaan terbabit. Kesesakan lalu lintas yang terjadi di Bandar-bandar besar
seperti Petaling Jaya menyebabkan tindakan pihak berkuasa lebih agresif bagi
memantau kesejahteraan masyarakat. Maka
Majlis Bandaran Petaling Jaya telah melakukan pelbagai operasi menyita
kenderaan yang menghalang lalu lintas. Sebagai
menangani masalah tempat letak kenderaan yang semakin terhad maka pelbagai
sistem letak kenderaan yang baru diperkenalkan. Antaranya adalah sistem letak
kereta mekanikal bertingkat. Jenis letak kenderaan ini dapat mengurangkan
penggunaan tanah. Bayaran akan dikenakan kepada pengguna kenderaan yang
meletakkan kenderaan berdasarkan jangkamasa mereka meletakkan kenderaan.
Sebagai contoh di Kuala Terengganu, tempat letak
kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya Kuala
Terengganu yang pertama di negara ini dijangka mula beroperasi awal tahun 2011. Projek dengan kos lebih RM9 juta di Jalan
Batas Baru itu menggunakan keluli, dibangunkan setinggi tiga tingkat dan boleh
menampung 250 kenderaan pada satu-satu masa.
Ia adalah sebahagian daripada langkah proaktif bagi mengatasi masalah
kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan perdagangan yang paling menjadi
tumpuan umum. Selain daripada itu, ia
dapat menjimatkan penggunaan ruang tempat letak kereta sedia ada di lokasi itu
sebanyak tiga kali ganda, di samping lebih selamat bagi pemilik kenderaan dan
mengurangkan risiko kecurian dan sebagainya.
Teknologi itu dibawa masuk dari Guangzhou China dan bagi menguasai
pengendalian operasinya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menghantar
kakitangannya ke negara itu bagi mempelajari teknologi baru tersebut.
Petaling Jaya mengalami masalah runcing membabitkan
masalah kekurangan tempat letak kereta dan atas sebab itu Majlis Bandaraya
Petaling Jaya melaksanakan sistem letak kereta mekanikal secara berperingkat di
seluruh Petaling Jaya dan dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta Vertical
Corp Sdn Bhd secara perkomputeran atau
manual. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
yang melaksanakan sistem tempat letak kereta mekanikal secara percubaan bagi mengatasi
kekurangan kemudahan di kawasan berkenaan. Perlaksanaan sistem tempat letak
kereta mekanikal luaran (outdoor)
setinggi tiga tingkat tersebut boleh memuatkan sehingga tujuh kenderaan pada
satu-satu masa.
Pihak
Berkuasa Tempatan perlu menyediakan tempat letak kereta di setiap kawasan atau
bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok tertentu tidak
kira samada ia terletak di kawasan Bandar atau pun di Luar Bandar. Untuk
mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas di jalan raya, penyediaan
tempat letak kenderaan yang cukup adalah diperlukan. Orang ramai akan berpuas
hati untuk meletakkan kenderaan mereka apabila berkunjung ke suatu tempat.
Selain daripada itu, ia akan mempamerkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan
Pihak Berkuasa Tempatan.
Rujukan
Letak
kenderaan sesuka hati.
(2011). Retrived from