Saturday, March 22, 2014

Kesesakan Tempat Letak Kereta Menjadi-jadi.. Apa solusi terkini PBT ??



                   Definisi tempat letak kenderaan adalah satu kawasan perletakan atau penyimpanan bagi kenderaan yang tidak bergerak dan dimatikan enjinnya di satu kawasan.  Tempat letak kenderaan adalah satu kemudahan kepada pengguna kenderaan untuk meletak atau menyimpan kenderaan sementara menjalankan urusan masing-masing.  Kemudahan tempat meletak kenderaan merupakan satu perkara penting dalam menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu lintas dan merupakan satu asas dalam menyediakan dasar pengankutan yang sempurna dalam sesuatu kawasan. Peningkatan dan kepesatan kemajuan di sesubuah kawasan akan mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan secara tidak langsung akan meningkatkan permintaan terhadap kawasan tempat letak kenderaan. Justeru itu, tangunggajawab pengurusan hal-ehwal tempat letak kereta berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  Ia bukan sahaja mendatangkan hasil kepada Majlis selain menjadi keperluan asas aktiviti masyarakat Bandar.  Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memantapkan lagi agenda pembangunan infrastruktur dalam memberi perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat.  Maka dalam konteks yang lebih jelas Pihak Berkuasa Tempatan perlu menegaskan sistem pengurusan letak kereta dengan menekankan aspek-aspek struktur pengurusan dan pembangunan sistem, proses pembuatan keputusan, sumber pelaburan, operasi dan penyelenggaraan, kerjasama dengan pihak swasta, peraturan-peraturan yang digunapakai, aplikasi IT, program-program sokongan dan lain-lain lagi.

              Isu kawasan tempat letak kenderaan bukan isu yang baru lagi diperkatakan. Malah pelbagai rungutan yang didengari dan diajukan kepada pihak berkuasa mengenainya.  Tempat letak kenderaan merupakan isu penting kepada kepentingan perancangan strategik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  Polisi tempat letak kenderaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengagihan memainkan peranan besar dalam pengurusan sistem pengankutaan di kawasan pembandaran. Ini kerana isu peningkatan kenderaan pengguna jalan dan bilangan serta lokasi tempat letak kenderaan memberi impak kepada tahap perkhidmatan dan kesesakan dalam penggunaan jalan raya dan lorong-lorong di Bandar.  Keduanya, kemudahan dan keselesaan serta keindahan alam sekitar di kawasan sekelilingnya.  Ketiganya, kecekapan, tahap efisyen dan perlaksanaan kewangan bagi pengankutan awam serta seterusnya tatacara dan fungsi kepada pengurusan Bandar secara keseluruhannya.

                   Maka isu yang pertama yang perlu dikupas adalah tempat letak kenderaan yang terhad.  Pembangunan yang pesat dan peningkatan jumlah kenderaan pengguna di jalan raya secara tidak langsung memberi kesan kepada bilangan tempat letak kenderaan yang semakin terhad.  Malah pembangunan infrastruktur Bandar dan bangunan kedai yang semakin deras telah mengehadkan kawasan untuk dijadikan kawasan tempat letak kenderaan.   Peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya tidak sejajar dengan pertambahan kawasan letak kereta di sesuatu kawasan khususnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Bahru dan lain-lain lagi.  Keadaan ini menyebabkan ramai pemandu dan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati dan mengakibatkan kesesakan lalulintas.

              Sebagai contoh masalah tempat letak kenderaan yang terhad di Petaling Jaya bagaikan tiada penyudahnya.  Antara kawasan yang paling sibuk di kawasan terbabit adalah Damansara Utama, Seksyen 8, 14 dan 20 dimana isu tempat letak kenderaan menjadi lebih pandemik. Tempat letak kenderaan yang terhad menyebabkan berlaku pelbagai masalah walaupun bukan waktu puncak. Masalah “double-park”, memarkir kereta di atas pembahagi jalan serta masalah perlanggaran kecil antara penunggang motosikal dengan kereta sudah menjadi kelaziman di kawasan terbabit. Bagi kawasan ini, tempat letak kenderaan perlu diperbaiki memandangkan permintaan semakin meningkat dan melibatkan kepentingan kepada orang ramai. Ada sesetengan pemandu sanggup menanggung risiko dengan meletakkan kereta mereka di kawasan-kawasan larangan tanpa menghiraukan keselamatan dan keselesaan pemandu lain dan juga mereka yang masih berdegil walaupun dikenakan saman oleh pihak berkuasa.  Malah, terdapat juga pemandu yang tidak mempedulikan peraturan lalu lintas dan sesuka hati meletakkan kenderaan mereka asalkan berdekatan dengan tempat yang ingin dituju kerana pembaziran masa dan malas untuk berjalan kaki.

             Malah bilangan tempat letak kenderaan yang terhad juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ini berikutan sikap pemandu kenderaan yang sesuka hati mengambil jalan mudah dengan memarkir kenderaan mereka di merata-rata tempat.   Tindakan sebahagian mereka yang meletakkan kenderaan di tepi jalan, telah menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku terutamanya pada hujung minggu dan pada musim cuti sekolah persekolahan. Sebagai contoh, dalam keratan akhbar bertarikh 29 Mac 2011, kejadian yang berlaku di Taman Tema Tasik Shah Alam yang disebabkan oleh bilangan tempat letak kenderaan yang disediakan tidak mampu memenuhi jangkaan pengunjung pada musim cuti sekolah telah pengunjung telah meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan raya dan meninggalkan hanya satu laluan jalan yang boleh dilalui oleh kenderaan lain.

             Dalam menyediakan tempat letak kenderaan yang selesa dan terbaik bagi masyarakat maka perancangan Bandar yang strategik amat penting.  Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan rancangan tempat letak kereta yang komprehensif di peringkat bandaran dan diintegrasikan dalam rancangan tempatan untuk 5 hingga 15 tahun.  Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan dalam jangka masa yang panjang perlu menjaga kualiti tapak, garisan serta saiz petak dan penyelenggaraan dan pembinaan tempat letak kereta. Maka isu kedua yang akan dibincangkan adalah penyelenggaraan tempat letak kereta yang tidak dijaga rapi.  Infrastruktur bangunan bertingkat bagi tempat letak kenderaan yang dibangunkan beberapa tahun yang lepas tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan pengguna kenderaan.  Bangunan tempat letak kenderaan yang dibina seakan tidak terjaga rapi dan dalam keadaan yang kotor.  Malahan pula, pencahayaan bangunan yang tidak diselenggarakan dengan baik telah membuatkan ramai pengguna tidak berpuas hati dan khuatir akan keselamatan mereka dan kenderaan mereka.  Keadaaan bangunan yang tidak dijaga seperti kerosakan pada dinding-dinding bangunan, retakan pada simen adalah isu yang perlu diselenggarakan dengan lebih teliti oleh Pihak Berkuasa Tempatan.  

       Tambahan pula, terdapat kawasan petak tempat letak kereta yang tidak lagi kelihatan atau kabur menyusahkan para pengguna kenderaan. Sebagai contoh, dalam keratan akhbar Star Metro pada 12 Januari 2011 yang bertajuk “Multi-storey car parks need upgrading” menjelaskan betapa pentingnya penyelenggaran dan pembangunan dijalankan dari semasa ke semasa agar mengikut piawaian yang telah ditetapkan.  Rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan kawasan laluan masuk ke dalam bangunan tempat letak kenderaan yang sempit dan ketiadaan bar had ketinggian kenderaan yang dibenarkan di pintu masuk utama bangunan.  Malahan pula, kemudahan ini yang dibina beberapa tahun lalu mempunyai landai sempit dan alur yang rendah, menjadikan ia sukar bagi kenderaan yang lebih besar untuk bergerak dan dikendalikan.

Kesannya Ke Atas Masyarakat atau Penduduk ??




Kekurangan tempat letak kenderaan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas serta memberi pemandangan yang tidak elok disamping mengakibatkan pencemaran lain seperti bunyi bising dan udara.  Kesesakan berlaku dengan teruk terutamanya apabila pada masa puncak. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas di jalan raya. Tempat meletak kenderaan yang terhad akan menyebabkan pergerakan kereta di jalan raya menjadi semakin lambat dan sesak akibat jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan pergerakan kenderaan di kawasan terbabit tepu.

                        Selain itu, masalah persekitaran dan pencemaran yang berlaku disebabkan kesesakan lalu lintas yang terjadi seperti bunyi bising, asap kenderaan dan bahaya kemalangan.  Kenderaan-kenderaan yang berhenti di kawasan tempat letak kenderaan akan memberi kesan besar terhadap persekitaran di kawasan sekitarnya. Didapati bunyi bising dan asap yang keluar dari kenderaan akan bergerak bebas di kawasan sekitar tempat letak kenderaan.

                         Kesan tempat letak kenderaan adalah kesan terhadap keindahan kawasan persekitarannya. Kerosakan yang paling nyata adalah kerosakan dari segi pemandangan. Di mana, kebanyakkan cadangan untuk membina kawasan tempat letak kenderaan tempat letak kereta baru tidak begitu menitikberatkan soal keindahan pemandangan ini.  Apabila kesesakan berlaku, dapat dilihat dengan jelas deretan kenderaan yang panjang.  Pemandangan yang sebegitu hanya akan memberi gambaran bahawa pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah tidak cekap dan berkesan dapat memastikan pembangunan yang lestari.

Apa tindakan PBT ?? 



Kepesatan pembangunan di Negara ini telah menyebabkan pemilikan dan penggunaan kenderaan persendirian di Malaysia telah meningkat dengan mendadak. Kesan secara langsung dengan peningkatan bilangan kenderaan bermotor ialah permintaan yang tinggi terhadap ruang tempat letak kenderaan, terutamanya di kawasan Bandar. Maka antara dasar-dasar tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah perlu dengan melaksanakan dasar pengankutan yang lebih komprehensif bagi mengimbangi permasalahan yang berlaku. 
           
                     Antara tindakan Pihak Berkuasa Tempatan adalah mempelbagaikan jenis sistem operasi tempat letak kenderaan.  Antaranya ialah sistem bertiket, sistem bermeter dan sistem stesen pengawal.  Sistem ini diguna pakai hampir di seluruh sistem pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara.  Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengutip bayaran dan mengawal tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan mewujudkan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai untuk meletak kereta dan mengawal perletakan kereta supaya tersusun dan tidak mengganggu lalulintas.
          
           Penguatkuasaan undang-undang juga turut dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengatasi isu terbabit. Antaranya adalah setiap kesalahan yang dialkukan akan dikenakan denda.  Sebagai contoh kesalahan yang boleh dikenakan denda adalah meletakkan kenderaan di luar kawasan dan meletakkan kenderaan melebihi had masa yang telah ditetapkan.  Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kenderaan yang menyebabkan halangan lalu lintas boleh dikenakan kompaun sebanyak RM150.00 selama 1-15 hari dan sekiranya pemilik kenderaan gagal untuk mejelaskan denda tersebut maka jumlah bayaran denda tersebut akan semakin meningkat.  Sebagai contoh kejadian yang berlaku di Subang Jaya, pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun sebanyak 167 kali gagal menjelaskan denda terbabit. Kenderaan terbabit telah ditunda oleh Unit Tunda Majlis Perbandaran Subang Jaya dalam Operasi Tunda Kenderaan Pesalah Tegar. Operasi terbabit bertujuan untuk meningkatkan kepatuhan masyarakat terhadap peraturan lalu-lintas terutamanya di kawasan komersial dan tumpuan orang ramai selain menerapkan nilai murni dalam sikap pemandu. 
               
                Antara contoh lain tindakan tegas yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam menangani kenderaan yang menghalang lalu lintas adalah tindakan menyita kenderaan terbabit. Kesesakan lalu lintas yang terjadi di Bandar-bandar besar seperti Petaling Jaya menyebabkan tindakan pihak berkuasa lebih agresif bagi memantau kesejahteraan masyarakat.  Maka Majlis Bandaran Petaling Jaya telah melakukan pelbagai operasi menyita kenderaan yang menghalang lalu lintas. Sebagai menangani masalah tempat letak kenderaan yang semakin terhad maka pelbagai sistem letak kenderaan yang baru diperkenalkan. Antaranya adalah sistem letak kereta mekanikal bertingkat. Jenis letak kenderaan ini dapat mengurangkan penggunaan tanah. Bayaran akan dikenakan kepada pengguna kenderaan yang meletakkan kenderaan berdasarkan jangkamasa mereka meletakkan kenderaan.
          
                   Sebagai contoh di Kuala Terengganu, tempat letak kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya Kuala Terengganu yang pertama di negara ini dijangka mula beroperasi awal tahun 2011.  Projek dengan kos lebih RM9 juta di Jalan Batas Baru itu menggunakan keluli, dibangunkan setinggi tiga tingkat dan boleh menampung 250 kenderaan pada satu-satu masa.  Ia adalah sebahagian daripada langkah proaktif bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan perdagangan yang paling menjadi tumpuan umum.  Selain daripada itu, ia dapat menjimatkan penggunaan ruang tempat letak kereta sedia ada di lokasi itu sebanyak tiga kali ganda, di samping lebih selamat bagi pemilik kenderaan dan mengurangkan risiko kecurian dan sebagainya.  Teknologi itu dibawa masuk dari Guangzhou China dan bagi menguasai pengendalian operasinya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menghantar kakitangannya ke negara itu bagi mempelajari teknologi baru tersebut.

        Petaling Jaya mengalami masalah runcing membabitkan masalah kekurangan tempat letak kereta dan atas sebab itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya melaksanakan sistem letak kereta mekanikal secara berperingkat di seluruh Petaling Jaya dan dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta Vertical Corp Sdn Bhd secara perkomputeran  atau manual.  Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang melaksanakan sistem tempat letak kereta mekanikal secara percubaan bagi mengatasi kekurangan kemudahan di kawasan berkenaan. Perlaksanaan sistem tempat letak kereta mekanikal luaran (outdoor) setinggi tiga tingkat tersebut boleh memuatkan sehingga tujuh kenderaan pada satu-satu masa. 

        Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan tempat letak kereta di setiap kawasan atau bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok tertentu tidak kira samada ia terletak di kawasan Bandar atau pun di Luar Bandar. Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas di jalan raya, penyediaan tempat letak kenderaan yang cukup adalah diperlukan. Orang ramai akan berpuas hati untuk meletakkan kenderaan mereka apabila berkunjung ke suatu tempat. Selain daripada itu, ia akan mempamerkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Rujukan 


Sistem Tempat Letak Kereta Mekanikal. (2010). Retrieved from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_04.htm#ixzz2iG0fVcAj © Utusan Melayu (M) Bhd 

Build Integrated Transport Terminal on Shah Alam Stadium Unused land and space. (2011). Retrived from http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224def/3e155fd528c69dd24825788100561dd7?OpenDocument



Letak kenderaan sesuka hati. (2011). Retrived from





No comments:

Post a Comment