Wednesday, April 2, 2014

Kasih Ibu Bapa Bawa Ke Syurga..




Ketika membelek-belek surat khabar pagi Sabtu lepas, terpampang di muka depan akhbar "Suami Isteri Kena Penjara". Sebelum ini, untuk mengikuti perkembangan pasangan perantauan Sweden ini tidaklah susah. Ini kerana kisah keluarga ini sememangnya sudah terpampang si seluruh negara. Bagaimana nasib malang keluarga ini dek kerana perbezaan budaya dan ketidaksamaan pemahaman, hukuman dijatuhkan ke atas pasangan Melayu ini. Tertuduh merupakan Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya Shalwati Norshal dijatuhkan penjara masing-masing 10 bulan dan 14 bulan selepas mendapati bersalah mencabuli integriti dan memukul anak mereka. Perkataan "mencabuli integriti" ini mungkin terlalu keras bagi masyarakat kita yang hanya menafsirkan perbuatan pasangan berkenaan sebagai "cara mendidik anak-anak". Namun begitu kita harus memahami situasi perkataan ini bagi masyarakat dan budaya di Sweden.



Sweden juga menurut merupakan negara pertama yang telah mengeluarkan Akta pada tahun 1979 bertujuan untuk menghalang penderaan fizikal ke atas kanak-kanak walaupun atas tujuan disiplin sekalipun. Maka sejak dari itu, banyak negara lain yang turut mengeluarkan Akta berkenaan termasuklah New Zealand, Afrika dan negara Eropah lain. Akhbar The Star baru-baru ini turut melaporkan bahawa sekiranya pasangan tersebut tidak didapati bersalah, mereka tetap akan kehilangan hak penjagaan anak-anak mereka. Sungguh kenyataan ini amat menggerunkan bagi setiap ibu bapa yang menatang anak bagai minyak yang penuh. Cuba kita lihat dari perspektif masyarakat Sweden sendiri, golongan muda mudi mereka dilayan dengan sebegitu rupa mungkin kerana bagi mereka, generasi muda perlu dididik dengan nilai kemanusiaan dan keadilan diri dan pendidikan "human right" telah diasuh dari sejak kecil lagi sehinggakan golongan belia mereka sendiri terdorong untuk membela diri. Ini amat berlainan sekali dengan cara pemikiran belia kita. Kata-kata dan arahan ibu bapa mesti dipatuhi selagi tidak bertentangan dengan hukum agama Islam. Ibu bapa dan golongan tua lebih-lebih lagi mesti dihormati dalam budaya masyarakat Asia.


Hendak ditelan mati bapak, hendak diluah mati emak. Peribahasa ini mengingatkan saya kepada situasi ini. Sepatutnya saya menyalahkan anak berkenaan kerana tindakan dia yang melampaui batas. Bercerita benda bukan-bukan kepada pihak luar mengenai keadaan keluarga kita. Sungguh tidak hormat kepada orang tua hendaknya. Namun, kita harus bertindak rasional dalam meletakkan kesalahan ke atas bahu  kecil anak- anak berkenaan. Kita harus menyelami perasaan emosi, psikologi dan mentaliti kanak-kanak sebelum dan selepas kejadian. Menurut Mok (2013) persekitaran sekeliling kanak-kanak akan mempengaruhi hasil, karektor dna personaliti kanak-kanak berkenaan. Persekitaran sekeliling bermaksud pengalaman sewaktu membesar kanak-kanak tersebut termasuklah faktor-faktor sosial seperti penganiayaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, kes pelacuran kanak-kanak, persengketaan ibu-bapa, pergaduhan dengan adik-beradik dan lain-lain lagi. Maka, kanak-kanak yang sering terdedah dengan masalah-masalah faktor sosial sewaktu membesar akan kemungkinan mengalami masalah psikologi dan mahukan perhatian.



Menurut beliau lagi, sewaktu proses pembesaran berlaku, kanak-kanak akan lebih mengingati peristiwa yang dilaluinya dan berkemahiran untuk mengadaptasi kepada keadaan tersebut. Sekiranya kanak-kanak mengalami peristiwa buruk di dalam pembesarannya, ini akan menyebabkan pembentukan kepada perwatakan kanak-kanak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kanak-kanak berkenaan pernah dipukul oleh ayahnya akibat sesuatu kesalahan, ini akan membina personaliti yang berdendam dan mempengaruhi cara kanak-kanak itu berkawan dan membina kehidupan kelak.

Oleh itu, peranan ibu-bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak terutamanya ketika kecl dan sedang membesar kerana ia akan mempengaruhi perwatakan dan personaliti kanak-kanak berkenaan. Menurut Smiler (2004) pula mengatakan bahawa peranan ibu-bapa yang bertindak untuk mendisiplinkan anak-anak sewaktu kecil akan membentuk personaliti yang berdisiplin. Ibu bapa yang bertindak untuk mendidik anak-anak dan mengajar serta menemani sewaktu kecil akan membentuk personaliti anak yang berdisiplin dan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Oleh sebab itulah ibu-bapa perlu memberikan pendidikan yang baik dan latihan kepada anak-anak sewaktu sedang membesar untuk memastikan anak-anak membesar dalam keadaan persekitaran yang baik dan sihat.



Rujukan 


Mok, M. (2013). The early chilhood experiences in psychology development. The International Journal of              Management and Innnovations. 5(2), 89-99

Zaharah Othman. (2014, March 28). Mahkamah Percaya Cerita Anak Tertuduh. Berita Harian, p 18

Saturday, March 22, 2014

Kesesakan Tempat Letak Kereta Menjadi-jadi.. Apa solusi terkini PBT ??



                   Definisi tempat letak kenderaan adalah satu kawasan perletakan atau penyimpanan bagi kenderaan yang tidak bergerak dan dimatikan enjinnya di satu kawasan.  Tempat letak kenderaan adalah satu kemudahan kepada pengguna kenderaan untuk meletak atau menyimpan kenderaan sementara menjalankan urusan masing-masing.  Kemudahan tempat meletak kenderaan merupakan satu perkara penting dalam menyediakan sesuatu perancangan dan pengawalan lalu lintas dan merupakan satu asas dalam menyediakan dasar pengankutan yang sempurna dalam sesuatu kawasan. Peningkatan dan kepesatan kemajuan di sesubuah kawasan akan mengakibatkan sistem lalu lintas juga akan meningkat dan secara tidak langsung akan meningkatkan permintaan terhadap kawasan tempat letak kenderaan. Justeru itu, tangunggajawab pengurusan hal-ehwal tempat letak kereta berada di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  Ia bukan sahaja mendatangkan hasil kepada Majlis selain menjadi keperluan asas aktiviti masyarakat Bandar.  Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memantapkan lagi agenda pembangunan infrastruktur dalam memberi perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada masyarakat.  Maka dalam konteks yang lebih jelas Pihak Berkuasa Tempatan perlu menegaskan sistem pengurusan letak kereta dengan menekankan aspek-aspek struktur pengurusan dan pembangunan sistem, proses pembuatan keputusan, sumber pelaburan, operasi dan penyelenggaraan, kerjasama dengan pihak swasta, peraturan-peraturan yang digunapakai, aplikasi IT, program-program sokongan dan lain-lain lagi.

              Isu kawasan tempat letak kenderaan bukan isu yang baru lagi diperkatakan. Malah pelbagai rungutan yang didengari dan diajukan kepada pihak berkuasa mengenainya.  Tempat letak kenderaan merupakan isu penting kepada kepentingan perancangan strategik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  Polisi tempat letak kenderaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengagihan memainkan peranan besar dalam pengurusan sistem pengankutaan di kawasan pembandaran. Ini kerana isu peningkatan kenderaan pengguna jalan dan bilangan serta lokasi tempat letak kenderaan memberi impak kepada tahap perkhidmatan dan kesesakan dalam penggunaan jalan raya dan lorong-lorong di Bandar.  Keduanya, kemudahan dan keselesaan serta keindahan alam sekitar di kawasan sekelilingnya.  Ketiganya, kecekapan, tahap efisyen dan perlaksanaan kewangan bagi pengankutan awam serta seterusnya tatacara dan fungsi kepada pengurusan Bandar secara keseluruhannya.

                   Maka isu yang pertama yang perlu dikupas adalah tempat letak kenderaan yang terhad.  Pembangunan yang pesat dan peningkatan jumlah kenderaan pengguna di jalan raya secara tidak langsung memberi kesan kepada bilangan tempat letak kenderaan yang semakin terhad.  Malah pembangunan infrastruktur Bandar dan bangunan kedai yang semakin deras telah mengehadkan kawasan untuk dijadikan kawasan tempat letak kenderaan.   Peningkatan bilangan kenderaan di jalan raya tidak sejajar dengan pertambahan kawasan letak kereta di sesuatu kawasan khususnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Bahru dan lain-lain lagi.  Keadaan ini menyebabkan ramai pemandu dan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati dan mengakibatkan kesesakan lalulintas.

              Sebagai contoh masalah tempat letak kenderaan yang terhad di Petaling Jaya bagaikan tiada penyudahnya.  Antara kawasan yang paling sibuk di kawasan terbabit adalah Damansara Utama, Seksyen 8, 14 dan 20 dimana isu tempat letak kenderaan menjadi lebih pandemik. Tempat letak kenderaan yang terhad menyebabkan berlaku pelbagai masalah walaupun bukan waktu puncak. Masalah “double-park”, memarkir kereta di atas pembahagi jalan serta masalah perlanggaran kecil antara penunggang motosikal dengan kereta sudah menjadi kelaziman di kawasan terbabit. Bagi kawasan ini, tempat letak kenderaan perlu diperbaiki memandangkan permintaan semakin meningkat dan melibatkan kepentingan kepada orang ramai. Ada sesetengan pemandu sanggup menanggung risiko dengan meletakkan kereta mereka di kawasan-kawasan larangan tanpa menghiraukan keselamatan dan keselesaan pemandu lain dan juga mereka yang masih berdegil walaupun dikenakan saman oleh pihak berkuasa.  Malah, terdapat juga pemandu yang tidak mempedulikan peraturan lalu lintas dan sesuka hati meletakkan kenderaan mereka asalkan berdekatan dengan tempat yang ingin dituju kerana pembaziran masa dan malas untuk berjalan kaki.

             Malah bilangan tempat letak kenderaan yang terhad juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ini berikutan sikap pemandu kenderaan yang sesuka hati mengambil jalan mudah dengan memarkir kenderaan mereka di merata-rata tempat.   Tindakan sebahagian mereka yang meletakkan kenderaan di tepi jalan, telah menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku terutamanya pada hujung minggu dan pada musim cuti sekolah persekolahan. Sebagai contoh, dalam keratan akhbar bertarikh 29 Mac 2011, kejadian yang berlaku di Taman Tema Tasik Shah Alam yang disebabkan oleh bilangan tempat letak kenderaan yang disediakan tidak mampu memenuhi jangkaan pengunjung pada musim cuti sekolah telah pengunjung telah meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan raya dan meninggalkan hanya satu laluan jalan yang boleh dilalui oleh kenderaan lain.

             Dalam menyediakan tempat letak kenderaan yang selesa dan terbaik bagi masyarakat maka perancangan Bandar yang strategik amat penting.  Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan rancangan tempat letak kereta yang komprehensif di peringkat bandaran dan diintegrasikan dalam rancangan tempatan untuk 5 hingga 15 tahun.  Oleh itu, Pihak Berkuasa Tempatan dalam jangka masa yang panjang perlu menjaga kualiti tapak, garisan serta saiz petak dan penyelenggaraan dan pembinaan tempat letak kereta. Maka isu kedua yang akan dibincangkan adalah penyelenggaraan tempat letak kereta yang tidak dijaga rapi.  Infrastruktur bangunan bertingkat bagi tempat letak kenderaan yang dibangunkan beberapa tahun yang lepas tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan pengguna kenderaan.  Bangunan tempat letak kenderaan yang dibina seakan tidak terjaga rapi dan dalam keadaan yang kotor.  Malahan pula, pencahayaan bangunan yang tidak diselenggarakan dengan baik telah membuatkan ramai pengguna tidak berpuas hati dan khuatir akan keselamatan mereka dan kenderaan mereka.  Keadaaan bangunan yang tidak dijaga seperti kerosakan pada dinding-dinding bangunan, retakan pada simen adalah isu yang perlu diselenggarakan dengan lebih teliti oleh Pihak Berkuasa Tempatan.  

       Tambahan pula, terdapat kawasan petak tempat letak kereta yang tidak lagi kelihatan atau kabur menyusahkan para pengguna kenderaan. Sebagai contoh, dalam keratan akhbar Star Metro pada 12 Januari 2011 yang bertajuk “Multi-storey car parks need upgrading” menjelaskan betapa pentingnya penyelenggaran dan pembangunan dijalankan dari semasa ke semasa agar mengikut piawaian yang telah ditetapkan.  Rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan kawasan laluan masuk ke dalam bangunan tempat letak kenderaan yang sempit dan ketiadaan bar had ketinggian kenderaan yang dibenarkan di pintu masuk utama bangunan.  Malahan pula, kemudahan ini yang dibina beberapa tahun lalu mempunyai landai sempit dan alur yang rendah, menjadikan ia sukar bagi kenderaan yang lebih besar untuk bergerak dan dikendalikan.

Kesannya Ke Atas Masyarakat atau Penduduk ??




Kekurangan tempat letak kenderaan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas serta memberi pemandangan yang tidak elok disamping mengakibatkan pencemaran lain seperti bunyi bising dan udara.  Kesesakan berlaku dengan teruk terutamanya apabila pada masa puncak. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas di jalan raya. Tempat meletak kenderaan yang terhad akan menyebabkan pergerakan kereta di jalan raya menjadi semakin lambat dan sesak akibat jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan pergerakan kenderaan di kawasan terbabit tepu.

                        Selain itu, masalah persekitaran dan pencemaran yang berlaku disebabkan kesesakan lalu lintas yang terjadi seperti bunyi bising, asap kenderaan dan bahaya kemalangan.  Kenderaan-kenderaan yang berhenti di kawasan tempat letak kenderaan akan memberi kesan besar terhadap persekitaran di kawasan sekitarnya. Didapati bunyi bising dan asap yang keluar dari kenderaan akan bergerak bebas di kawasan sekitar tempat letak kenderaan.

                         Kesan tempat letak kenderaan adalah kesan terhadap keindahan kawasan persekitarannya. Kerosakan yang paling nyata adalah kerosakan dari segi pemandangan. Di mana, kebanyakkan cadangan untuk membina kawasan tempat letak kenderaan tempat letak kereta baru tidak begitu menitikberatkan soal keindahan pemandangan ini.  Apabila kesesakan berlaku, dapat dilihat dengan jelas deretan kenderaan yang panjang.  Pemandangan yang sebegitu hanya akan memberi gambaran bahawa pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah tidak cekap dan berkesan dapat memastikan pembangunan yang lestari.

Apa tindakan PBT ?? 



Kepesatan pembangunan di Negara ini telah menyebabkan pemilikan dan penggunaan kenderaan persendirian di Malaysia telah meningkat dengan mendadak. Kesan secara langsung dengan peningkatan bilangan kenderaan bermotor ialah permintaan yang tinggi terhadap ruang tempat letak kenderaan, terutamanya di kawasan Bandar. Maka antara dasar-dasar tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah perlu dengan melaksanakan dasar pengankutan yang lebih komprehensif bagi mengimbangi permasalahan yang berlaku. 
           
                     Antara tindakan Pihak Berkuasa Tempatan adalah mempelbagaikan jenis sistem operasi tempat letak kenderaan.  Antaranya ialah sistem bertiket, sistem bermeter dan sistem stesen pengawal.  Sistem ini diguna pakai hampir di seluruh sistem pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara.  Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengutip bayaran dan mengawal tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan mewujudkan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai untuk meletak kereta dan mengawal perletakan kereta supaya tersusun dan tidak mengganggu lalulintas.
          
           Penguatkuasaan undang-undang juga turut dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengatasi isu terbabit. Antaranya adalah setiap kesalahan yang dialkukan akan dikenakan denda.  Sebagai contoh kesalahan yang boleh dikenakan denda adalah meletakkan kenderaan di luar kawasan dan meletakkan kenderaan melebihi had masa yang telah ditetapkan.  Menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kenderaan yang menyebabkan halangan lalu lintas boleh dikenakan kompaun sebanyak RM150.00 selama 1-15 hari dan sekiranya pemilik kenderaan gagal untuk mejelaskan denda tersebut maka jumlah bayaran denda tersebut akan semakin meningkat.  Sebagai contoh kejadian yang berlaku di Subang Jaya, pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun sebanyak 167 kali gagal menjelaskan denda terbabit. Kenderaan terbabit telah ditunda oleh Unit Tunda Majlis Perbandaran Subang Jaya dalam Operasi Tunda Kenderaan Pesalah Tegar. Operasi terbabit bertujuan untuk meningkatkan kepatuhan masyarakat terhadap peraturan lalu-lintas terutamanya di kawasan komersial dan tumpuan orang ramai selain menerapkan nilai murni dalam sikap pemandu. 
               
                Antara contoh lain tindakan tegas yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam menangani kenderaan yang menghalang lalu lintas adalah tindakan menyita kenderaan terbabit. Kesesakan lalu lintas yang terjadi di Bandar-bandar besar seperti Petaling Jaya menyebabkan tindakan pihak berkuasa lebih agresif bagi memantau kesejahteraan masyarakat.  Maka Majlis Bandaran Petaling Jaya telah melakukan pelbagai operasi menyita kenderaan yang menghalang lalu lintas. Sebagai menangani masalah tempat letak kenderaan yang semakin terhad maka pelbagai sistem letak kenderaan yang baru diperkenalkan. Antaranya adalah sistem letak kereta mekanikal bertingkat. Jenis letak kenderaan ini dapat mengurangkan penggunaan tanah. Bayaran akan dikenakan kepada pengguna kenderaan yang meletakkan kenderaan berdasarkan jangkamasa mereka meletakkan kenderaan.
          
                   Sebagai contoh di Kuala Terengganu, tempat letak kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya Kuala Terengganu yang pertama di negara ini dijangka mula beroperasi awal tahun 2011.  Projek dengan kos lebih RM9 juta di Jalan Batas Baru itu menggunakan keluli, dibangunkan setinggi tiga tingkat dan boleh menampung 250 kenderaan pada satu-satu masa.  Ia adalah sebahagian daripada langkah proaktif bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan perdagangan yang paling menjadi tumpuan umum.  Selain daripada itu, ia dapat menjimatkan penggunaan ruang tempat letak kereta sedia ada di lokasi itu sebanyak tiga kali ganda, di samping lebih selamat bagi pemilik kenderaan dan mengurangkan risiko kecurian dan sebagainya.  Teknologi itu dibawa masuk dari Guangzhou China dan bagi menguasai pengendalian operasinya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menghantar kakitangannya ke negara itu bagi mempelajari teknologi baru tersebut.

        Petaling Jaya mengalami masalah runcing membabitkan masalah kekurangan tempat letak kereta dan atas sebab itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya melaksanakan sistem letak kereta mekanikal secara berperingkat di seluruh Petaling Jaya dan dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta Vertical Corp Sdn Bhd secara perkomputeran  atau manual.  Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang melaksanakan sistem tempat letak kereta mekanikal secara percubaan bagi mengatasi kekurangan kemudahan di kawasan berkenaan. Perlaksanaan sistem tempat letak kereta mekanikal luaran (outdoor) setinggi tiga tingkat tersebut boleh memuatkan sehingga tujuh kenderaan pada satu-satu masa. 

        Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan tempat letak kereta di setiap kawasan atau bangunan yang menjadi tumpuan orang ramai atau kelompok-kelompok tertentu tidak kira samada ia terletak di kawasan Bandar atau pun di Luar Bandar. Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu lintas di jalan raya, penyediaan tempat letak kenderaan yang cukup adalah diperlukan. Orang ramai akan berpuas hati untuk meletakkan kenderaan mereka apabila berkunjung ke suatu tempat. Selain daripada itu, ia akan mempamerkan kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Rujukan 


Sistem Tempat Letak Kereta Mekanikal. (2010). Retrieved from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_04.htm#ixzz2iG0fVcAj © Utusan Melayu (M) Bhd 

Build Integrated Transport Terminal on Shah Alam Stadium Unused land and space. (2011). Retrived from http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/521fb206a8dbd0a34825697400224def/3e155fd528c69dd24825788100561dd7?OpenDocument



Letak kenderaan sesuka hati. (2011). Retrived from





Wednesday, March 12, 2014

Jangan Berhenti Berharap untuk MH370..



Pada tanggal 8 Mac 2013, sedang aku dengan kawan-kawan berbakti bersama penduduk kampung di perkampungan Kampung Belantik Dalam Sik, Kedah, kami telah dikejutkan dengan berita yang mengembarkan negara iaitu kehilangan kapal terbang komersial MH370 dari radar dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas sejam berlepas pada jam 00.41 pada 8 Mac 2014. Kami begitu terkedu apabila mendengar berita tersebut. Sangkaan aku pada waktu tersebut, bagaimana pesawat MAS yang begitu besar tersebut boleh hilang begitu sahaja tanpa dikesan ? Terbayang di fikiranku, mungkin pesawat itu terjunam atau terpaksa mendarat di kawasan hutan belantara yang entah dimana seperti cerita kegemaranku Lost. Ya Allah apakah perasaan keluarga ahli penumpang ketika itu ? Semuanya bermain-main dalam pemikiranku tanpa henti. 

Sejurus selepas kehilangan kapal terbang tersebut dilaporkan, aktiviti kami di kampung tersebut terhenti seketika. Kami seperti terkumpul untuk membincangkan apa yang telah terjadi. Perbincangan kami berlaku di kedai kopi Pak Leh. Ramai juga orang kampung yang datang untuk melihat berita, ada juga yang mengeluarkan teori sendiri, ada juga yang hanya mendengar. Tetapi apa yang pasti, kami menunggu dengan penuh minat dan begitu asyik terhadap berita tergembar pagi tersebut. Pada hari perpisahan kami, ketua kampung meminta kami untuk meluangkan seminit dua untuk mendoakan keselamatan penumpang kapal terbang MH370. Hati aku seperti meronta-ronta untuk kembali segera ke kampus untuk membuka komputer riba ku untuk mengetahui perkara selanjutnya mengenai peristiwa misteri tersebut. 

Di dalam perjalanan pulang ke UUM, kami telah disajikan dengan berita dari corong radio yang tidak henti melaporkan mengenai kehilangan kapal terbang MH370. Berita itu berulang-ulang seperti lagu yang tidak ada penghujung dan kesemuanya mengenai butir-butir kehilangan kapal terbang tersebut. Antara butiran yang dapat kami pastikan adalah jumlah penumpang iaitu seramai 227 orang dewasa dan 2 orang bayi serta  12 orang anak kapal. Kapal terbang tersebut berlepas dari KLIA ke Beijing pada 12.41 pagi dan hilang daripada radar atau terputus hubungan dengan menara kawalan KLIA pada 01.30 pagi waktu Malaysia di perairan laut Vietnam. Kapal tersebut dijangka tiba di Beijing pada 6.30 pagi waktu Malaysia. 

Antara perkembangan yang kami terima daripada rakan-rakan, penumpang-penumpang kapal tersebut terdiri daripada pelbagai warganegara termasuklah Malaysia, Indonesia, China, Australia, Perancis, Amerika Syarikat, New Zealand, Ukraine, Kanada, Rusia, Itali, Belanda dan Austria. Sejurus kembali, kelihatan di cafe DPP TM penuh dengan para pelajar yang kelihatan khusyuk melihat kaca mata. Pandangan mata mereka tidak terkalih walaupun minit permainan bola hampir bermula. Semuanya tanpa mengira bangsa dan warganegara kelihatan berminat untuk mengetahui perkembangan lanjut telah kehilangan kapal terbang tersebut. Berita malam tersebut turut memaparkan reaksi dan ulasan ahli keluarga mangsa yang tidak dapat membendung rasa sedih dan pilu mereka serta harapan mereka supaya bersama kembali. Aku melihat sekelilingku, kelihatan ada beberapa orang pelajar turut menitiskan air mata melihat luahan pilu seorang ibu yang begitu setia mengharapkan perkhabaran yang baik mengenai kehilangan anaknya untuk kembali ke pangkuan keluarga. Tidak aku sedari, pipiku panas dengan air mataku sendiri. Aku terfikir, bagaimana sekiranya ahli keluargaku sendiri berada di atas kapal tersebut ? Aku tidak rela dengan perpisahan tanpa meminta keampunan daripada ibu dan abahku. 


Melalui berita lanjut, didapati terdapat dua orang penumpang yang memiliki pasport curi telah berjaya membolosi kawalan ketat imigresen negara dan menaiki kapal terbang tersebut. Rata-rata kami timbul spekulasi bagaimana kawalan keselamatan negara boleh dibolosi dengan begitu mudah sekali ? Berita turut melaporkan pihak berkuasa dan badan NGO turut menawarkan bantuan seberapa banyak yang mungkin kepada seperti khidmat kaunseling untuk membantu anggota keluarga mendapatkan sokongan emosi dan psikologi. Selain daripada itu, peristiwa malang ini turut mendapat perhatian oleh banyak negara luar dan badan keselataman dunia dan mereka tampil untuk menyumbang tenaga dan sokongan kepada negara dalam misi mencari dan menyelamat. Buat pertama kali, kami melihat begitu banyak mata dialihkan kepada Malaysia dek kerana peristiwa malang ini. Mereka tampil bukan sahaja untuk membantu dari segi penyiasatan tapi juga bantuan ketenteraan. Menurut berita lagi, sebanyak 40 buah kapal dan 26 pesawat daripada pelbagai negara telah dikerahkan untuk melakukan misi mencari dan menyelamat kapal terbang MH370. Bantuan dan hubungan merentasi kementerian dan juga negara dilakukan menunjukkan betapa beratnya misi kali ini. 

Hari demi hari berlalu, peristiwa malang ini tetap menjadi berita utama di dada akhbar dan juga radio. Saban hari, aku turut mengikuti perkembangan selanjutnya mengenai MH370 yang masih hilang. Pelbagai spekulasi yang telah aku dengar dan pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa. Semuanya bagai tidak putus harapan dan masih mengharapkan berita baik. Antara andaian yang timbul adalah konspirasi yang wujud, kemungkinan kapal terbang itu telah dialihkan daripada laluan yang ditetapkan, dan tidak kurang juga andaian kapal tersebut telah disabotaj dan dirampas oleh pihak lain. Pihak berkuasa turut menjemput beberapa pakar dunia dalam penerbangan untuk menyiasat dan melakukan siasatan mendalam terhadap apa yang boleh terjadi dan kemungkinan yang berlaku. Namun apa yang aku kagum adalah, ramai rakyat Malaysia dan negara lain yang begitu prihatin dengan peristiwa yang menimpa MH370. Solat hajat dan doa dianjurkan hampir setiap hari oleh muslimin dan muslimat segenap masyarakat. Alhamdullilah di sebalik kemaslahatan dan kekaburan yang menimpa, keyakinan terhadap kekuasaaan Yang Maha Esa itu yang dicari. 

Kehilangan kapal terbang MH370 masih menenui jalan buntu sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus berserah hanya kepada takdir. Kejadian ini turut membuktikan bahawa pihak berkuasa amat prihatin dan nama baik negara sehingga ramai pihak yang turut bertungkus-lumus menghulurkan bantuan dan kepakaran. Ini turut menunjukkan selagi ada yang berharap maka kita tidak seharusnya berhenti berusaha. Maka jangan berhenti berharap untuk MH370.



 Sumber : 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140312/dn_73/MH370-Sukarelawan-NGO-beri-kaunseling-kepada-keluarga#ixzz2vltYeXja 
© Utusan Melayu (M) Bhd  

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kehilangan-mh370-misteri-bagi-pakar-penerbangan

Sunday, March 9, 2014

masa depan..

sejauh mana engkau memandang masa depan mu ??
adakah sekadar untuk menerima suapan makan gaji atau memilih jalan sendiri untuk ennkau rentasi ?? 
sejauh mana jalan yang hendak engkau pilih ??
berlubang ?? bertar ?? berbukit ?? 
siapa yang tidak mahu namanya disebut sekali bergegarr satu arena dunia.. gerun mendengar namanya..

hidup akan kosong tanpa cita-cita.. biar cita-cita kita tembus sampai ke akhirat sana.. barulah lagi bermakna.. buat lebih dari apa yang dibayar maka hasilnya lebih dari apa yang dikerjakan.. jangan bazirkan masa dengan kelekaan yang buat alpa berterusan.. terus dan terus kejar citamu..

maka apa citamu ? sudah ada ? masih ada ?
jadi bagaimana perancanganmu ?? tangga mu sudah kukuh ??
sejauh manakah strategi, disiplin, dan progresnya ???

apa cita kita setakat dunia ??
lagi pula tersekat dengan syiling kaca ??
bagaimana untuk memecah kaca ?? tentu saja diri akan terluka..
untuk cita kamu rela ??

Menjadi pRIMADONNA utk diri sendiri..

"ade orang" ONCE SAID why you want to be somebody else ??? ur better at being urself.. yeahhh that i have to admit.. all this years.. mencari perfection.. menjadi terbaik dlm segalanya.. amat melelahkan jiwa raga.. believe me i tried !! epicc failed i tel u.. kenape nk menjadi org lain ?? sedangkan menjadi diri sendiri adalah yg terbaik sekali.. yet we see others having a  good life kite mesti nk follow.. twitter and fb status do not really defines a person.. the person may put a so called cool status tapi face it si dia mengira likes yang si dia dapat.. sadis hidup ini.. bila status like menjadi kegilaan.. kenape nk mengira status like berapa ratus tapi tak mengira how much quality time we spend with ur parents ?? with urself.. what define us is what we do and how we reflect urself ?? kita tidak berjaya sebab kita pandai atau bijaksana.. tapi sebab berkat doa orang di sekeliling kita.. jadi diri sendiri.. hidup dalam permuafakatan yang realiti.. bukan maya.. permuafakatan maya hanya wujud dalam kod-kod asing maya.. bila percakapan dan komunikasi berdepan muka menjadi klise dan butang likes menjadi pengganti.. saat itulah hilang kenikmatan hidup..


antara cita dan cinta..

Asssalamualaikum wbrth.. salam kesenangan buat semua pembaca. Tajuk kali ini adalah antara cita dan cinta ? Mungkin tajuk kali ini berbeza dengan tajuk yang sebelumnya. Tapi sudah acapkali diulang-ulang dalam mana tulisan kreatif sekalipun.. cita atau cinta ?? saya pernah membaca buku karya Hilal Asyraf yang bertajuk Sebelum Aku Bernikah.. masih teringat pesannya yang berbunyi apa-apa yang melempar ke neraka bukan cinta namanya.. sebagai seorang yang dewasa sudah tentu pembaca sekalian tahu apa yang baik dan apa yang buruknya.. apa yang Tuhan suruh kita lakukan dan apa yang Tuhan tegaskan untuk ditinggalkan.. antara cita dan cinta ?? saya memilih cita..saya orangnya sangat klise dan klasik.. tiada apa yang berubah apabila ditanya mengenai persoalan bercabang dua ini.. cita-cita.. saya bercinta dengan cita-cita saya dahulu sebelum menemui cinta.. maka dengan cita lah saya menggagahkan diri, berusaha untuk bangun pagi, dan demi untuk mak dan abah yang tidak putus menolak dari belakang saat kaki terasa seperti kebas untuk berjalan..

Thursday, February 20, 2014

5 reasons kenape sy terjebak dgn korean movies


pernah terlalu seronok menonton korean movies sehingga tidak tidur malam ?? kalo pernahh memang kite geng.. why do love korean movies so muchh ?? i tell u..5 reasonss.. 

 1 ) sebab kata-kata mereka sopan.. and the words of everyday language is proper.. like a boy talking to a girl using a very very sopan ways of talking... pelik kan.. kat sini.. hang buat tongongg nooo ??? hobeng jangg hobeng.. x sopannn lgsng.. jadi pertuturan dengan budi bahasa yg baik iss likeable.. yg muda sgtlahh hormat pd yg tuaa.. baguihhh tuu.. ini bru tonjolkan budaya asia.. 

2 ) pelakon2 muke cantik.. haaa ini selah satu faktor kenape coter korean diminati.. sbb pelakon2 die muke alamakkk haiiii cantikk gebu licinnn berseri2 gilerrr.. omomo.. rse nk cubit je.. yg pelikkk pelakon2 tue pon nmpakk kulit mereka licinnnn beegebuuu laa.. xkan mereka collagen 24/7 kot ??

3 ) makanan yg nmpak delicious.. satu yg psti ttg citer korean movies.. they alwys bring in their culture inside every movies or films they make.. hmmm sgt bagus apabila inisitif mcm ini buat dlm filem negare kite sndiri.. at the same times.. ppl akan tertarik dan pikir ehhh die mkn ape tu.. okayyy contoh contohh eakk.. dlm korean movies.. pernah x mereka x tonjolkan kimchi ?? haaaaa serta merta ppl akan google menggooglee apakah itu kimchi ?? sayur jee tambah smbal cili je ponn alahaiii.. tapi interesting sebab they make it look real.. 

4 ) haaaaa dlm korean movies.. yg best skali they will show the latest technology inovation dlm negara mereka.. pernah x dlm citer mereka pelakon2 x pegang handphonee ??? kan kan kann.. the firsst and forremosttt items favourite utk dipegangg yang lain dan tak bukan adalahh handeeephoneee... pelikkk tnggal rumah kejar sane sini tak bawak beg tapi bawak handeeephonee ajee ?? ish ishh ishhh pelik kan.. kalau in real life biar tinggal hp jgn tinggal ic plus kad kdt plus bedak compact plus gincu pluss anak utk digendonggg.. 

5 ) dlm citer koreann.. selalu jeee watak perempuan jahat or laki jahat mesti lagi hensem daripada hero die ??? kenape eakkk ?? selalu je jd gitu... sooo cntik plus jahat  =  buatkan penonton rse x sabar nk tgk pembalasan kpd org jahat yang cntik tu td.. tapi lain plk dgn citer malaysia.. semakin baik watak semakin cntik pelakonnyer... haa sbb tu la kite suke sgt tgk citer koreaa sbb yg jahat mesti cntik.. sinisterr btul org korea ni..